Apa Itu DNSSEC?

Apa itu DNSSEC?

DNSSEC ialah nama panjang bagi Domain Name Security Extensions.

DNSSEC berfungsi sebagai pengesah untuk DNS. Apabila anda memasukkan nama laman web dalam DNS, laman web berkenaan akan diterjemahkan secara automatik kepada alamat IP.

Proses DNS ini mempunyai kelemahan kerana sekiranya proses DNS anda diserang, anda mungkin akan ditemukan dengan laman web yang berbeza.

Dengan DNSSEC, komputer anda akan memastikan DNS anda menggunakan entri yang sah.

Cara Setup DNSSEC menggunakan Cloudflare

Jika anda ingin setup DNSSEC menggunakan Cloudflare, anda cuma perlu melakukan langkah berikut:

Proses setup DNSSEC di laman Cloudflare
  1. Log masuk ke Cloudflare, klik domain berkenaan dan klik pada bahagian DNS domain tersebut.
  2. Klik butang “enable DNSSEC”. Beberapa maklumat penting berkenaan DNSSEC akan dipaparkan.
  3. Ubah atau masukkan maklumat yang diperlukan dalam syarikat pendaftar domain anda (domain registrar).
  4. Selepas 24 jam, semak kembali status DNSSEC anda pada Cloudflare. Anda juga boleh menggunakan tool DNSViz seperti di bawah.

Semak Implementasi DNSSEC

Terdapat pelbagai tools yang boleh anda gunakan untuk menyemak implementasi DNSSEC. Antaranya ialah DNSViz (https://dnsviz.net).

Tangkap layar laman web DNSViz

Sekiranya DNS anda dilindungi oleh DNSSEC, anda akan melihat kesemua ntri di atas dilabelkan dengan “secure”.

DNSViz – DNS yang tidak selamat

Sebaliknya, jika DNS anda tidak menggunakan DNSSEC, anda akan mendapati terdapat beberapa entri yang “insecure” dalam diagnosis DNSViz ini.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.