[ Tips Windows ] Baiki Error Windows

Kadang-kadang, komputer kita dirasakan semakin perlahan dan ada pemberitahuan (notification) “error”. Ada antara kita yang tertekan dengan error yang sebegini banyak, akhirnya mengambil keputusan untuk “format” semula PC masing-masing. Error dan Windows adalah perkara yang agak biasa, mungkin juga kerana konsep Windows sendiri yang lebih terbuka dari segi perkakasan dan perisian, tidak seperti Apple. Namun begitu, error Windows ini tidak seharusnya membebankan anda.

Dapat error Windows berkali-kali, terus format ke?

Namun begitu, bukan semua kes memerlukan anda untuk “format” komputer anda. Jika anda ikuti tips kami di bawah, dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu format semula PC anda.

Jika anda mengalami masalah semasa menggunakan komputer Windows 10 anda, berikut dipaparkan langkah-langkah untuk menyelesaikan kebanyakan masalah.

Untuk memastikan fail-fail penting Windows anda dapat disemak dan dibaiki, sila jalankan tools Windows yang disebut di bawah ini dengan urutan berikut: Langkah 1, Langkah 2, Langkah 3, Langkah 2, dan akhir sekali Langkah 1.

Langkah 1: chkdsk C: /f

Apa itu Checkdisk (chkdsk)? Checkdisk ialah satu tool daripada Windows untuk mengenal pasti error yang terdapat pada disk anda. Kesan error ini ialah perjalanan Windows yang tidak konsisten dan boleh membawa kepada error yang lain. Oleh itu, penting untuk anda melalukan Checkdisk secara berkala.

Sila pastikan anda telah menutup semua program dan sudah menyimpan (save) segala dokumen atau kerja yang sedang dijalankan.

Di Search Bar, sila taip perkataan “Command Prompt”. Right click dan jalankan tool ini dengan Run as Administrator.

Command Prompt akan meminta pengesahan anda untuk menjalankan Checkdisk Tool semasa komputer sedang restart. Pilih “Yes” dengan menekan kekunci yang betul.

Komputer anda akan restart dan Checkdisk akan bermula. Biarkan Checkdisk tamat.

Sekiranya komputer anda gagal untuk menjalankan Checkdisk, besar kemungkinan fail yang diperlukan untuk menjalankan Checkdisk pun telah rosak. Sila jalankan Langkah 2, Langkah 3, Langkah 2, dan kembali kepada Langkah 1.

Langkah 2: sfc /scannow

Apa itu SFC (System File Checker)? System File Checker (SFC) ialah satu tool daripada Windows untuk menyemak fail penting Windows dalam komputer anda. SFC akan membandingkan fail penting Windows sekarang dengan fail imej Windows yang sedia ada. jika ada mana-mana fail yang rosak (corrupt), fail tersebut akan digantikan dengan fail dari imej Windows. Selain dari Checkdisk, kami juga menyarankan anda agar menjalankan tool ini secara berkala.

Sila jalankan tool ini melalui Command Prompt dengan Run as Administrator.

Langkah 3: Gunakan DISM Tool

Apa itu DISM Tool? DISM Tool ialah satu lagi tool daripada Windows untuk memastikan fail penting Windows tidak rosak. Kelebihan DISM ialah ianya dapat menyemak fail penting Windows dalam komputer anda dengan fail penting Windows terus dari sumber Microsoft melalui internet.

Dalam kebanyakan kes, anda akan mendapati versi DISM anda dan pada Microsoft adalah berbeza. Hal ini adalah kerana DISM hanya akan dapat dikemas kini melalui major update.

DISM CheckHealth

Checkhealth akan menyemak log sedia ada untuk mengenal pasti error.

DISM /Online /Cleanup-Image /CheckHealth

DISM Scanhealth

ScanHealth pula akan menyemak satu persatu component store untuk mengenal pasti mana-mana corruption yang anda tanpa membaikinya (repair)

DISM /Online /Cleanup-Image /ScanHealth

DISM RestoreHealth

RestoreHealth akan terus membaiki fail imej Windows anda.

Dism /Image:C:\offline /Cleanup-Image /RestoreHealth

Maklumat lanjut: https://www.windowscentral.com/how-use-dism-command-line-utility-repair-windows-10-image

Jika anda hendak menjalankan DISM tool ini, kami menyarankan anda mengambil option Restore Health menggunakan fail imej Windows terus dari sumber atas talian (online), supaya sebarang masalah fail dapat terus dibaiki.

Error dah baiki, macam mana nak komputer lagi laju? Baca tips kami (akan datang) untuk upgrade HDD komputer anda kepada SSD.

Risau ada orang curi kata laluan (password) anda? Baca tips kami untuk pemilihan dan penjagaan kata laluan yang lebih selamat: Tips Keselamatan Kata Laluan

Sumber

  1. Repair a Windows Image | Microsoft Docs

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.