Cara Mendapatkan Nama Domain Murah di Malaysia (2021)

Semasa anda membangunkan tapak web anda, anda perlu mendapatkan alamat bagi tapak web anda. Alamat ini dikenali dengan nama domain (domain name). Domain name ini dibayar secara tahunan (ataupun sekaligus untuk beberapa tahun).

Anda boleh mendapatkan domain name ini sebelum atau semasa melanggan pakej web hosting. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mendapatkan nama domain murah di Malaysia untuk tahun ini, 2021.

Baca lagi: Web hosting terbaik

Cara Mendapatkan Nama Domain Murah: Cari Coupon Code dengan Diskaun Tertinggi

Terdapat beberapa laman kupon promosi yang menarik untuk anda cuba. Antaranya ialah couponkoz.my, couponzguru.my dan couponbirds.com.

Cara Mendapatkan Nama Domain Murah: Cari Penyedia Termurah

bigdomain.my

Bigdomain.my ialah penyedia perkhidmatan web hosting yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia. Syarikat ini dipercayai masih baru dalam industri memandangkan laman profilnya hanya menceritakan tentang pekerja yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman, bukan syarikat itu sendiri.

.com: Tahun pertama, RM 39.90, percuma WHOIS ID. Tahun seterusnya pada harga RM 59.90.

.my: Domain ini boleh didaftarkan pada harga istimewa, RM 90.00 untuk tahun pertama.

.com.my: Domain ini boleh didaftarkan pada harga istimewa, RM 60.00 untuk tahun pertama.

Maklumat harga tidak menunjukkan harga yang perlu dibayar untuk tahun-tahun seterusnya.

Maklumat lanjut di laman web Bigdomain.

Domainplus

Satu ketika dahulu, Domainplus ini popular dengan jualan domain murah (tahun pertama). Namun kini harga tidak jauh berbeza berbanding penyedia domain yang lain.

Diskaun tidak banyak diberikan kepada domain-domain utama. Sekiranya anda berminat untuk membeli domain murah (.online), anda boleh mandapatkannya di sini pada harga RM 2.99 untuk tahun pertama. Tahun-tahun seterusnya, harga akan kembali pada normal.

.com: Tahun pertama dan seterusnya: RM 49.90 setahun

.my: Tahun pertama dan seterusnya: RM 120.00 setahun

Maklumat lanjut diĀ laman web Domainplus.

Harga Domainplus pada tahun 2021 tidak berubah seperti tahun sebelumnya.

Exabytes

.com: Pendaftaran baharu dan renewal: RM 62.90 setahun

.my: Pendaftaran baharu RM 79.80 setahun, renewal RM 120.00 setahun

Pada tahun 2021 ini, terdapat promosi terhad di Bukita Pembelian domain .my dengan Exabytes juga didatangkan bersama perkhidmatan percuma DNS Management.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Exabytes.

GoDaddy

Untuk pelanggan baru, GoDaddy menawarkan domain .com pada harga yang sangat rendah, bermula dari RM 13.49. Walaupun GoDaddy ialah sebuah syarikat antarabangsa, mereka turut membuat penawaran harga menggunaan bahasa Malaysia.

Shinjiru

Antara ciri menarik Shinjiru ialah syarikat ini adalah antara syarikat terawal yang menjadi reseller untuk MYNIC. Selain itu, syarikat ini ialah reseller untuk ICANN di Malaysia bersama-sama 1 sahaja lagi syarikat lain. Syarikat ini menjadi reseller untuk MYNIC sejak dari tahun 2000 lagi.

.com: Harga diskaun terkini: RM 49.90 setahun. Harga asal: RM 59.90 setahun

.my: Harga diskaun terkini: RM 88.90. Harga asal: RM 98.90 setahun.

Maklumat lanjut: Laman web Shinjiru

Yeahhost

.com: Pendaftaran baru RM 39.80, transfer RM 39.80, renewal RM 49.60.

.my: Pendaftaran baru RM 78.80, renewal RM 120.00.

Yeahhost masih mengekalkan harga 2020 mereka pada tahun ini.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat di laman web rasmi Yeahhost.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.