Cloudflare atau QUIC.cloud CDN: Memilih Yang Terbaik

Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) yang paling popular di dunia ialah WordPress. Dalam menggunakan sistem WordPress yang mempunyai trafik tinggi, anda perlu memilih Content Delivery Network (CDN) yang sesuai dengan anda. Cloudflare ialah perkhidmatan CDN percuma yang popular. Manakala QUIC.cloud pula ialah perkhidmatan CDN yang khusus dibangunkan untuk pemalam caching Litespeed. Dalam artikel ini, kami ingin mengupas persoalan Cloudflare atau QUIC.cloud CDN.

Soalan: Mana satu yang patut saya pilih, Cloudflare atau QUIC.cloud CDN?

Jawapan: Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan mereka yang tersendiri. Cloudflare sesuai untuk semua jenis trafik manakala QUIC.cloud pula dibangunkan untuk memberikan paparan dan pengalaman jitu untuk pengguna perisian WordPress.

Ikuti panduan ringkas di bawah sekiranya anda ingin memindahkan penyedia CDN anda daripada Cloudflare kepada QUIC.cloud. Anda boleh memilih untuk mengekalkan Cloudflare sebagai penyedia DNS anda jika anda sudah selesa menggunakan Cloudflare.

Memindahkan CDN Anda Dari Cloudflare Kepada QUIC.cloud

Langkah 1: Pastikan pemalam Litespeed telah dipasang dalam WordPress anda.

Langkah 2: Log masuk sistem pengurusan QUIC.cloud dan enable CDN.

Langkah 3: Update rekod DNS Cloudflare anda dengan nama CNAME yang diberikan dalam sistem QUIC.cloud.

Langkah 4: Verify DNS anda dan enable CDN.

Langkah 5: Tunggu beberapa minit untuk DNS anda disahkan.

Langkah 6: Apabila DNS anda telah disahkan, QUIC.cloud akan mengambil masa sehingga 20 minit untuk menjana sijil SSL terbaru menggunakan Let’s Encrypt. Sila tunggu.

Langkah 7: Purge all cache dan destroy all image optimization data.

Langkah 8: Pilih tetapan yang bersesuaian untuk caching anda.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.