iOS 11.3 Beta Sedia Dimuat Turun

Berita baik untuk para pengguna peranti Apple sekalian. Kini, iOS 11.3 Public Beta (terbitan beta umum) terbitan pertama sudah sedia untuk dimuat turun.

iOS 11.3 menawarkan beberapa ciri-ciri terbaru untuk iOS 11 dan merupakan kemas kini terhadap iOS berkenaan.

Walau bagaimanapun, anda perlu menyertai program public beta ini bagi membolehkan peranti anda dimuatkan dengan perisian public beta daripada Apple.

Berbeza dengan perisian iOS biasa, iOS Public Beta mengandungi ciri-ciri terbaru yang dibangunkan oleh Apple namun belum bersedia untuk digunakan secara meluas oleh masyarakat umum.

Penggunaan perisian public beta adalah atas risiko anda sendiri dan Apple tidak akan bertanggungjawab sekiranya peranti anda rosak atau gagal berfungsi sebahagian atau sepenuhnya.

iOS ialah sistem operasi (Operating System) yang dibangunkan oleh Apple untuk peranti mudah alihnya.

Apple ialah syarikat teknologi yang berpusat di California, USA dan mempunyai operasi dalam kebanyakan negara di dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Apple: https://support.apple.com/en-us/HT208067#113

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.