iOS 11.3 Public Beta 4 Sedia Dimuat Turun

Hari ini Apple telah melancarkan muat turun public beta terbaru bagi iOS 11, iaitu iOS 11.3 Public Beta 4.

Ciri terbaru iOS 11.3

Antara penambah baikan yang dijanjikan oleh Apple dalam iOS 11.3 ialah maklumat berkenaan bateri yang lebih lengkap.

Apple iPhone 8
Apple iPhone 8

Sejak beberapa bulan lepas, para pengguna peranti Apple marah apabila ada yang mendapati Apple bertindak untuk memperlahankan kelajuan peranti mereka atas alasan jangka hayat bateri yang lemah. Untuk kengatasi masalah tersebut, Apple membuat keputusan untuk lebih bersikap terbuka dalam berkongsi maklumat berkenaan status bateri peranti penggunanya.

Berbeza dengan perisian iOS biasa, iOS Public Beta mengandungi ciri-ciri terbaru yang dibangunkan oleh Apple namun belum bersedia untuk digunakan secara meluas oleh masyarakat umum.

Penggunaan perisian public beta adalah atas risiko anda sendiri dan Apple tidak akan bertanggungjawab sekiranya peranti anda rosak atau gagal berfungsi sebahagian atau sepenuhnya.

Mengenai iOS

iOS ialah sistem operasi (Operating System) yang dibangunkan oleh Apple untuk peranti mudah alihnya.

Mengenai Apple

Apple ialah syarikat teknologi yang berpusat di California, USA dan mempunyai operasi dalam kebanyakan negara di dunia.

Maklumat lanjut mengenai Apple Beta Software Program boleh didapati di sini: https://beta.apple.com/sp/betaprogram/

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.