iPad: Pengguna Atau Penghasil Media?

Sewaktu mula-mula diperkenalkan, beberapa ciri dalam iPad diketengahkan oleh pihak Apple. Antaranya ialah jangka hayat bateri yang lama dan juga sifat mudah alih yang dimilikinya. Berbanding dengan kebanyakan komputer riba ketika pelancarannya, iPad jauh lebih ringan. Dalam artikel ini, kami akan mengupas persoalan berkenaan penggunaan iPad dan kesesuainnya sebagai pengguna atau penghasil media.

Kelebihan iPad sebagai pengguna atau penghasil media

Bateri tahan lebih lama: Jangka hayat bateri yang lebih lama membolehkan iPad digunakan secara berterusan tanpa mengharapkan bekalan kuasa elektrik menerusi penyesuai kuasa (power adapter).Selain itu, ketika komputer riba mempunyai jangka hayat bateri 4-5 jam, iPad dapat bertahan sehingga 10 jam. Sama ada an

Lebih “mobile”: Selain itu, iPad juga bersifat lebih mudah alih berbanding komputer riba kerana skrinnya lebih kecil dan tidak mempunyai papan kekunci. Menggunakan iPad dapatlah diibaratkan seperti memegang sebuah skrin besar. Ingin sangat membantu jika anda tidak berhasrat menggunakan papan kekunci, contohnya seperti sedang menonton filem. Sifat mudah alih iPad ini sangat membantu dalam penggunaan media (media consumption).

Penggunaan stylus: Walau bagaimanapun, iPad kian mendapat tempat yang lebih kukuh dalam kalangan penghasil media. Ini dapat dilihat menerusi pengenalan produk iPad Pro yang menyokong peranti pen (stylus) untuk proses melukis dan mewarna.

Tidak seperi komputer riba yang biasa, iPad tidak mempunyai port utk aksesori tambahan seperti USB ataupun slot kad memori seperti SD. Ketiadaan port ini menyebabkan tidak ramai orang mahu menggunakan iPad, tertu

Pemprosesan Fail

Apple menambah keupayaan pemprosesan fail dengan memperkenalkan aplikasi “Files” bermula daripada iOS 11. Aplikasi Files ini membolehkan pengguna untuk menguruskan fail dalam storan iPad atau Cloud dengan lebih cekap. Sistem storan cloud yang disokong termasuklah iCloud Drive, Onedrive dan Dropbox.

Pada tahun 2019, Apple mengumumkan bahawa iPad bakal memiliki sistem operasi (operating system, OS) sendiri, iaitu iPadOS. iPadOS akan berfungsi sebagai sistem operasi khusus yang dibangunkan untuk iPad.

Walaupun perkara ini bakal menjauhkan jurang antara pengguna iPhone dan iPad, iPadOS dijangka dapat membolehkan pengalaman pengguna iPad menjadi lebih menarik.

Belum daftar Touch N Go eWallet: Panduan di sini – Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.