Khutbah Solat Aidiladha 1442H di Istana Arau, Perlis

ARAU, 20 JULAI 2021 – Solat Sunat Aidiladha diadakan di perkarangan Istana Arau, Perlis. Sesi Solat Sunat Aidiladha ini diimamkan oleh Ustaz Haji Mohd Nazim Bin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis – MAIPs). Manakala khutbahnya pula disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis).

Sesi solat ini turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

Turut Berangkat: DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Siaran langsung solat tersebut boleh ditonton di:

Siaran ini dikuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

Intipati dan kupasan khutbah

Allah S.W.T memberi pahala kepada amalan berdasarkan keadaan hamba-hambaNya yang Dia Maha Mengetahui. Manusia memerlukan contoh dalam kehidupan mereka. Justeru Nabi Ibrahim diutuskan sebagai contoh dalam kehidupan kita. Dalam melaksanakan ibadah korban, kita bukanlah mengorbankan binatang semata-mata. Yang sukar dilakukan ialah menentang perasaan sendiri. Untuk mengorbankan anak sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.

Bersediakah kita sebagai umat?

Dalam konteks menyelamatkan nyawa manusia sekarang, SS Mufti Perlis dalam khutbahnya ada menyatakan bahawa tidak ada satu dunia Islam punyang dapat mengeluarkan produk vaksinnya sendiri bagi melawan wabak penyakit COVID-19, sehinggakan kita terpaksa bergantung kepada orang lain. Ini adalah tanda kita tidak berjaya menjadi umat.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.