Logitech C920 Pro Webcam – Kualiti 1080p Nilai Hebat dari Jenama Terpercaya

Logitech C920 Pro Webcam ialah sebuah webcam model high-end keluaran Logitech yang berupaya menyokong format video sehingga 1080p, 30fps. Walaupun terdapat model baharu yang dikeluarkan oleh Logitech iaitu C922 Pro, model terbaharu tersebut hanya mempunyai sedikit ciri terbaru, tidak padan dengan harganya yang mahal (sekitar RM 480).

Jika anda inginkan nilai hebat dari jenama webcam yang terkenal dengan kualiti dan ketahanannya, anda boleh mendapatkan webcam model C920 Pro ini. Sampel kami didapati daripada penjual rasmi Logitech dalam Shopee.

Bungkusan bubble wrap sebagai perlindungan

Syarikat pembekal, iaitu ClickAsia menghantar webcam ini kepada kami dengan balutan bubble wrap. Namun begitu, masih terdapat beberapa bahagian di bucu yang kemek.

Logitech C920 Pro - Kotak
Logitech C920 Pro – Kotak

Kamera ini didatangkan dengan kotak yang kecil, sesuai dengan saiznya. Jika dahulunya produk premium seperti ini didatangan dengan kotak besar, sejak beberapa tahun ini pengeluar produk semakin berjimat dalam pembungkusan. Saiz lebih kecil, dan lebih banyak bahan pembungkusan yang dapat dijimatkan.

Logitech C920 Pro - Membuka Kotak
Logitech C920 Pro – Membuka Kotak

Webcam ini didatangkan dengan kabel USB 2.0 sepanjang 1.5 meter. Anda boleh menggunakan USB extension cable sekiranya memerlukan sambungan yang lebih panjang.

Logitech C920 Pro - Dalam Kotak
Logitech C920 Pro – Dalam Kotak

Ciri-ciri Menarik Logitech C920 Pro Webcam

Antara ciri menarik pada C920Pro ialah resolusinya yang tinggi, iaitu 1080p. Berbeza dengan webcam kebanyakan laptop yang hanya menyokong setakat 0.3 MP, webcam ini mempunyai 2.0 MP untuk paparan gambar yang lebih jelas. Sesuai untuk anda yang bekerja dari rumah ataupun streamer.

Logitech C920 Pro - Pandangan Hadapan
Logitech C920 Pro – Pandangan Hadapan

Selain daripada itu, webcam ini juga memiliki fungsi autofocus. Fokus kamera akan berubah-ubah mengikut jarak antara kamera dan objek. Oleh itu, visual anda akan sentiasa kelihatan “sharp” di mata penonton.

Logitech C920 Pro - Pandangan Dekat
Logitech C920 Pro – Pandangan Dekat

Selain daripada itu, webcam ini juga didatangkan dengan mikrofon stereo untuk rakaman audio. Namun begitu, mengikut ujian yang dijalankan oleh pihak kami menggunakan perisian Zoom, kami mendapati mikrofon webcam ini tetap tidak dapat menandingi mikforon standalone BOYA BY-M1 dari aspek kualiti suara.

Terdapat beberapa customisation options boleh dibuat untuk webcam ini. Anda boleh menggunakan perisian Logitech G Hub untuk melaksanakan customisations untuk webcam ini.

Untuk maklumat lanjut produk dan pilihan support yang ada, anda boleh membaca selanjutnya di laman rasmi Logitech.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.