Mencari SSD Terbaik: Apa Yang Anda Harus Tahu

Oleh kerana SSD. Dalama artikel ini, kami ingin kongsikan apa yang anda harus tahu ketika mencari SSD terbaik. Jika anda menukar HDD kepada SSD, besar kemungkinan anda masih akan mencari SSD dalam bentuk 2.5 inci. Namun begitu, reka bentuk M.2 yang terbaru membuatkan lebih banyak penjimatan ruang dalam PC anda.

Saiz

SSD biasanya boleh didapati dalam dua saiz, iaitu saiz hard disk 2.5 inci ataupun M.2 yang juga dikenali sebagai NGFF. Walaupun lebar NGFF sama (22mm), panjang peranti ini tertakluk kepada kapasiti.

2242 vs 2280. 2242 ialah 22mm x 42mm manakala 2280 ialah 22mm x 80mm.

SATA vs NVMe

“Form Factor” M.2 ini terdapat dalam dua jenis, iaitu SATA ataupun NVMe.

SATA (Serial ATA) ialah kaedah penyambungan antara peranti storan (storage device) dan papan induk (motherboard) yang diperkenalkan pada tahun 2000. Terdapat tiga versi SATA, iaitu SATA, SATA II dan SATA III. Hampir semua hard disk atau SSD yang dijual di pasaran kini menggunakan SATA III yang menyokong kelajuan sehingga sekitar 500 MB/s.

NVM Express (NVMe) ialah kaedah penyambungan yang lebih laju, mula-mula diperkenalkan pada tahun 2013. NVMe menyokong kelajuan tinggi kerana teknologinya yang membolehkan akses secara langsung dengan PCI Express bus di motherboard. Protokol NVMe menawarkan keljuan sehingga melebihi 3,000 MB/s read dan melebihi 2,000 MB/s write.

Jika motherboard anda memiliki kedua-dua sambungan NVMe dan SATA menggunakan slot M.2, kami mengesyorkan anda menggunakan NVMe kerana kelajuannya yang jauh lebih tinggi berbanding SATA.

Jangan keliru dan pastikan anda membeli SSD yang betul. Tidak pasti SSD apa yang harus anda beli? Jangan sakit kepala, dapatkan khidmat Tukang PC untuk memilih bagi pihak anda.

Versi PCI Express

PCIe 4.0 lebih laju, namun kelajuan itu bukanlah bermakna anda memerlukannya. Lagipun, SSD PCIe 4.0 agak mahal sekarang. Lebih baik wang itu digunakan untuk membeli SSD dari “product line” yang lebih laju ataupun lebih tinggi kapasitinya. Dalam pasaran semasa, PCIe 3.0 x4 sudah memadai.

Lebih tinggi kapasiti, lebih laju

Anda akan mendapati SSD yang memiliki kapasiti lebih akan lebih laju. Selain daripada itu, faktor jenis SSD juga akan mempengaruhi kelajuannya. Sebagai contoh, SSD WD Black adalah lebih laju berbanding SSD WD Blue.

Perbandingan SSD NVMe berkapasiti 1 TB

ModelRead/Write (MB/s)Price (RM)
SanDisk Extreme PRO M.2 NVMe 3D SSD3,400/2,800RM 820.00
WD_BLACK™ SN750 NVMe™ SSD (Without Heatsink)3,430/3,000RM 757.00
WD Blue™ SN550 NVMe™ SSD2,400/1,950RM 556.00
Samsung EVO 970 PlusUp to 3,500/3,300RM 528.00
Kingston A20002,200/2,000RM 528.00
Corsair Force Series MP5103,480/3,000RM 649.00
Perbandingan read/write SSD NVMe untuk kapasiti 1 TB

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.