Pengecas Comel dan Versatil: 2-port GP Recyko U211 USB Charger

Terdapat pelbagai jenis bateri dalam barangan kehidupan seharian kita. Namun begitu, beberapa barangan elektronik yang biasa di sekeliling kita menggunakan bateri yang bersaiz standard, iaitu saiz AA ataupun AAA. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi berkenaan GP Recyko U211 USB Charger.

GP Recyko U211 USB Charger – Di Mana Boleh Anda Beli?

GP Recyko USB Charger U211 - Hadapan Kotak
GP Recyko USB Charger U211 – Hadapan Kotak

Charger ini agak suka didapati dalam kedai-kedai utama. Untuk lebih mudah mencarinya, anda disarankan untuk mendapatkannya melalui laman beli belah online seperti Shopee. Peruncit sepert HomePro pernah menjualnya satu ketika dahulu namun sejak penghujung tahun 2020, HomePro tidak lagi menjualnya. Untuk review ini, pihak kami mendapatkan charger model ini di kedai SRI Computers, Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

GP Recyko USB Charger U211 - Bateri AAA
GP Recyko USB Charger U211 – Bateri AAA

Bateri AAA lebih kecil dan kurang berkuasa berbanding bateri AA. Saiznya yang kecil membuatkannya sesuai untuk diletakkan dalam remote kipas, TV ataupun telefon cordless DECT.

GP mengeluarkan dua jenis pengecas USB untuk bateri AA/AAA ini, iaitu model U211 dan U411. Harga untuk U211 ialah sekitar RM 25-RM 35 manakala untuk U411 pula lebih mahal iaitu sekitar RM 60 – RM 70.

Model U211 lebih mudah dibawa ke sana ke mari kerana saiznya yang kecil. Model ini didatangkan dengan dua bateri saiz AA dan dua bateri saiz AAA. Model ini dihubungkan dengan port USB melalui sambungan kabel Micro USB. Bateri yang disertakan sekali pula berkuasa 1000mAh untuk saiz AA dan 400mAh untuk saiz AAA.

GP Recyko USB Charger U211 - Belakang kotak
GP Recyko USB Charger U211 – Belakang kotak

Gambar di atas menunjukkan bahagian belakang kotak charger berkenaan. Dari segi prestasi pengecasan pula, charger ini menggunakan sambungan USB dan memerlukan masa yang agak lama untuk mengecas.

Anda boleh menyambung pengecas ini kepada mana-mana port USB yang tersedia dan fungsi auto-off akan menamatkan pengecasan anda secara automatik.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi GP.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.