WiFi Router Terbaik 2021

Untuk memenuhi keperluan pembaca kami yang rata-ratanya ingin mencari maklumat berkenaan WiFi Router di rumah sendiri atau pejabat kecil, kami ingin berkongsi senarai WiFi router terbaik 2021 dengan anda.

WiFi Router Terbaik 2021 – Istilah Yang Perlu Anda Tahu

Mesh WiFi: Mesh WiFi ialah penggunaan satu atau lebih peranti untuk menguatkan liputan rangkaian WiFi rumah atau pejabat anda. Sebahagian besar proses Mesh WiFi adalah secara automatik

WiFi 6 (802.11ax): WiFi 6 ialah standard WiFi baru. Antara ciri keselamatan terbaru yang wujud dengan WiFi 6 ialah WPA3. Walau bagaimanapun, untuk keserasian peranti dalam network, anda disarankan menggunakan WPA2 dalam tetapan keselamatan anda.

Berkenaan dengan pilihan jenis encryption, ujian kami mendapati anda boleh menggunakan WPA2/WPA3 encryption tanpa masalah. Sebaiknya anda menggunakan WPA2/WPA3 secara bersama kerana peranti yang menyokong WPA3 akan menggunakan WPA3 yang lebih terjamin keselamatannya.

2.4 GHz / 5 GHz band: Dua band ini ialah band popular yang digunakan dalam sambungan WiFi di rumah atau pejabat anda. Kebiasaannya, di tempat yang mempunyai banyak rangkaian yang lain, penggunaan band 2.4 GHz adalah tinggi dan sambungan WiFi biasanya akan lebih terdedah dengan gangguan daripada rangkaian lain.

SSID: Nama rangkaian WiFi anda. SSID boleh disiarkan (broadcast) ataupun disembunyikan. Apabila anda menggunakan SSID tersembunyi (hidden SSID), beban untuk mengesan SSID berkenaan akan dirasai oleh peranti-peranti. Berdasarkan pengetahuan kami, keadaan sebegini boleh memendekkan jangka hayat bateri peranti anda.

Mbps: Unit kelajuan yang biasa digunakan untuk mengukur kelajuan capaian data. 1 Mbps dengan 1 MBps berbeza. B (huruf besar) bermaksud “byte” manakala b (huruf kecil) bermaksud “bit”. Dalam unit binari, 8 bit = 1 byte.

WiFi Router Terbaik Untuk Home Fibre (100 Mbps – 1 GBps)

Tempat ke-3: TP-Link Archer AX3000. Menyediakan sambungan selaju 2.4Gbps menggunakan band 5 GHz, router ini menyokong keupayaan minimum NIC WiFi 6 yang tersedia di pasaran. Tiada gunanya anda membeli router yang laju sekiranya NIC / network card anda menjadi batu penghalang / bottleneck.

Tempat ke-2: D-Link DIR-3060. Router ini memiliki keupayaan sehingga 400 Mbps (2.4 GHz) + 866 Mbps (5 GHz) + 1733 Mbps (5 GHz). Router tri-band ini juga tersedia dengan fungsi sambungan mesh. Perlindungan tambahan dikuasakan oleh McAfee.

Tempat pertama: ASUS TUF Gaming AX3000. Selain daripada kebolehan untuk membuat sambungan VPN client untuk akses ke internet, router ini juga menyokong VPN server untuk anda yang mahukan akses kepada internet melalui rangkaian di rumah. Router ini juga mempunyai beberapa ciri perlindungan tambahan yang dikuasakan oleh Trend Micro. Seperti kebanyakan router berspesifikasi tinggi ASUS yang lain, router ini memiliki fungsi mesh tersedia.

WiFi Router Terbaik Untuk Internet Selular (Wireless Broadband)

D-link DWR 953: Router ini menggunakan band 802.11ac. Selain dari itu, ianya juga didatangkan dengan fungsi band 5 GHz, memastikan kelajuan network dalam rumah kekal laju ekoran band 2.4 GHz yang sesak. Jumlah klajuan capaian dalam nework sekiranya

D-Link DWR-920V: Router ini hanya mempunyai capaian 802.11n dengan kelajuan maksimum sebanyak 300 Mbps. Fungsi menarik pada router ini ialah port Gigabit LAN dan juga keupayaan VoLTE dan sambungan ke telefon biasa menggunakan port RJ11.

TP-Link MR6400: JIka anda inginkan alternatif, anda boleh memilih router ini sebagai pelengkap rangkaian anda. Proses setup juga adalah lebih mudah kerana anda boleh menggunakan aplikasi “Tether” daripada TP Link di telefon mudah alih anda.

Nak tahu mesh router terbaik? Tinggalkan komen di bawah.

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.