WordPress Multisite: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Apa itu WordPress Multisite? WordPress Multisite ialah sejenis installation WordPress yang membolehkan anda menggunakan satu pemasangan (installation) untuk berbilang tapak web WordPress. Menggunakan feature ini membolehkan ada menguruskan installation WordPress dengan lebih mudah dan menjimatkan storan di web hosting.

WordPress ialah sebuah perisian Content Management System (CMS) berasaskan web (web-based) untuk menguruskan kandungan di internet. Kebiasaannya, WordPress akan dipasang di web server. CMS ini ditulis menggunakan PHP dan memerlukan database untuk menyimpan datanya.

Cara Setup WordPress Multisite

Apabila anda selesai install WordPress, anda boleh menggunakan menu Create a Network untuk memasang rangkaitan WordPress (Network). Proses ini dijelaskan lebih lanjut melalui artikel “Create A Network” di laman WordPress.org.

Terdapat dua pilihan multisite iaitu subdirectory (https://www.<laman web induk>.com/<laman web individu> ataupun subdomain (https://<laman web individu>.<laman web induk>.com).

Subdirectory: Pengurusan multisite melalui subdirectory adalah lebih mudah kerana tiada tetapan untuk subdomain diperlukan. Walau bagaimanapun, alamat laman web subdirectory biasanya lebih panjang dan menyukarkannya untuk diingati.

Subdomain: Proses memasang Network menggunakan subdomain dalam WordPress adalah lebih rumit. Walau bagaimanapun, alamat laman web anda akan menjadi lebih mudah untuk diingai. Segala kepenatan dan sakit kepala yang anda hadapi sewaktu proses pemasangan pastinya membuahkan hasil.

Proses Kemas Kini (Update/Upgrade)

Proses mengemas kini network anda tidak jauh beza dengan WordPress biasa.

Soalan: Apakah Fungsi Upgrade Network?

Jawapan: Fungsi ataupun feature upgrade network adalah untuk upgrade setiap site dalam sistem WordPress Multisite anda. Fungsi Upgrade Network ini perlu dijalankan apabila anda mengemas kini pemasangan WordPress anda ke versi yang lebih terbaru.

Fungsi ini hanya boleh diakses apabila ada log masuk sebagai Super Admin.

Cara Menggunakan Wildcard DNS

Anda boleh memilih sama ada untuk menguruskan DNS melalui Cloudflare atau Web Hosting anda sendiri (seperti CPanel atau Plesk).

Cloudflare: Setiap WordPress site yang baru perlu ditambah rekod CNAME pada DNS Cloudflare. Di Web Hosting Control Panel, anda cuma perlu tambahkan wildcard DNS.

Web Hosting control panel: Cukup sekadar meletakkan wildcard DNS sekali. Risiko di sini ialah anda mungkin mendedahkan IP web hosting server anda kepada umum kerana web hosting anda menguruskan DNS.

Masalah Error 526 di Cloudflare

Masalah ini mungkin timbul sekiranya anda menggunakan perkhidmatan sijil SSL Lets Encrypt dengan pengurusan DNS di Cloudflare. Untuk mendapatkan sijil SSL Wildcard menggunakan Lets Encrypt, anda perlu menggunakan DNS validation method (dns-01). dns-01 hanya boleh digunakan sekiranya anda menguruskan DNS melalui web hosting control panel.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu melakukan perkara berikut:

  1. Tambah subdomain dengan destinasi root folder domain berkenaan. (/public_html/<domain anda>
  2. Tambah sijil SSL baru dari Lets Encrypt untuk subdomain berkenaan. Anda boleh menggunakan http-01 validation method.

Sumber: WordPress Codex

You may also like...

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.